Sunday, 20 May 2012

hehe ~ saya pergi ICT Shah Alam ~

Ict tahun lepas dengan tahun ni banyak perubahan ~ mase baru-baru bukak ari2 ~ banyak yang x der... pada tahun ni (2012) aku pegi ict bersama-sama family... mula2 aku ingat an x best mcm tahun 2011 bila alu pergi~ wahhhhhhhhhhhh~ x tau nk ckp aper.. yg paling aku suka mase kereta api at ICT Tu ~ best gler.... an dekat situ dah ader Roller Coaster dah ~ Tinggi dari sebelum aku naik dekat mana-mana... Taman permainan juga dah bertambah banyak... makin seronok la pelancong-pelancong yang hadir di situ ~ Kebanyakkan nya pelancong dari luar negara ~ Best GILA dekat ICT Shah Alam Pada tahun 2012................. selain itu ~ Salah satu tarikan selain dari limpahan warna warni lampu di sepanjang bandar I-City ini ialah Snow Walk atau Laluan Salji. Dibina dalam satu kawasan bertutup dan berkeluasan 50,000 kaki persegi, Snow Walk yang merupakan taman tema bersalji mula dibuka pada Januari 2011 sebagai salah satu tarikan pengunjung. Ia juga menggunakan teknologi dari China dan Korea yang terkenal dengan negara Winter Sonata. Melibatkan pelaburan RM 10 juta dan dilengkapi dengan kilauan lampu LED serta 100 ukiran ais juga didatangkan khas dari negara China. Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan yang menyelubungi Snow Walk ini hampir 90% menyamai salji semulajadi. Salji setebal 100mm yang diimport khas ini ternyata lebih ringan halus dan lembut. Air yang digunakan untuk menghasilkan salji ini juga ditulenkan dan ianya selamat unutk di rasa mahupun di makan. Mesin2 canggih yang di bawa masuk ke Malaysia ini dikatakan mampu menghasilkan 1.2 hingga 1.5 tan salji tiruan setiap hari. Ia mempunyai tiga komponen, iaitu mesin penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan air daripada suhu bilik kepada 15 darjah celsius. Komponen kedua ialah unit kondenser (mesin pemeluwap) yang berfungsi untuk menyejukkan tong dram yang bakal menghasilkan salji dan komponen ketiga ialah 16 unit tong dram yang akan digunakan untuk menghasilkan emping2 salji.

Hafiz Bakal Lancarkan Album Single Di Indonesia

PETALING JAYA – Penyanyi lagu Awan nano, Hafiz (AF) bakal melancarkan album single di Indonesia sebelum penghujung tahun ini. Hafiz berkata, dia telah bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Andi Buyou disamping dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri. “Alhamdulilah, impian untuk melancarkan karier muzik di Indonesia semakin menjadi nyata dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar,” ujarnya kepada mStar Online. Hafiz berkata, untuk album single itu nanti akan memuatkan tiga buah lagu sebagai permulaan. “Tengok dulu penerimaan peminat bagaimana dan selepas itu mungkin akan melancarkan album penuh pula,” katanya. Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, buat masa ini dia tidak menerima sebarang tawaran lain kerana ingin fokus kepada Mania. Ujar Hafiz, dia bertuah dapat bekerja dengan Ahmad dhani dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. “Bukan senang nak bekerjasama dengan orang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik, jadi saya akan fokus untuk Mania sahaja buat masa ini,” katanya. – MStar

Hafiz Juara Konsert Mania 2012

KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu. Hafiz mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekali gus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000 Hafiz berkata, dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak sangka bahawa dirinya dapat mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril. “Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini. “Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung. Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000. Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, sekali gus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000.

Ahmad Dhani yang menjadi pembimbing Hafiz yang muncul juara Mania musim pertama mahu menjemput empat lagi finalis pertandingan nyanyian itu iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril bagi menyanyikan lagu sempena hari lahirnya pada 26 Mei ini.

KUALA LUMPUR – Ahmad Dhani yang menjadi pembimbing Hafiz yang muncul juara Mania musim pertama mahu menjemput empat lagi finalis pertandingan nyanyian itu iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril bagi menyanyikan lagu sempena hari lahirnya pada 26 Mei ini.
Menurut gitaris dan penyanyi kumpulan Dewa 19 ini, dia akan menjemput lima finalis pertandingan anjuran Astro Ria itu ke Jakarta untuk majlis hari lahirnya selepas Hafiz meraih hadiah wang tunai RM500,000 dan dia pula membawa pulang RM300,000 atas kemenangannya itu semalam. “Saya mahu menjemput Hafiz, Stacy, Jaclyn, Hazama dan Aril datang ke rumah saya di Jakarta pada 26 Mei iaitu pada majlis hari lahir saya. Saya mahu mereka menyanyikan lagu untuk saya atas kemenangan ini. Bukan itu sahaja, kumpulan pemuzik pengiring dalam Mania juga akan dijemput. “Ini adalah sebagai tanda terima kasih saya atas kemenangan ini. Saya sungguh gembira kerana dijemput menyertai Mania dan diangkat pula sebagai pemenang. Saya anggap ini sebagai hadiah sempena ulang tahun hari lahir saya yang ke-40,” katanya dalam nada bersungguh-sungguh. Pada final Mania itu, selain Hafiz yang muncul juara, naib johan dimenangi oleh Stacy dengan menerima hadiah wang tunai RM200,000, manakala tempat kedua pula diungguli oleh Jaclyn dengan membawa pulang RM100,000 pada pertandingan yang julung kalinya diadakan itu. Setelah berakhirnya Mania yang 100 peratus ditentukan khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton itu, Ahmad Dhani juga kini sedang merancang untuk membawa kelima-lima orang finalis itu ke Jakarta bagi melebarkan lagi aktiviti mereka dalam bidang nyanyian pada masa depan. “Kalau boleh saya juga mahu mengikat kontrak bersama Hafiz, Stacy, Jaclyn, Hazama dan Aril di bawah bumbung syarikat saya iaitu Republik Cinta Management di mana saya ada rancangan supaya setiap mereka diberi peluang merakamkan album solo di Jakarta nanti. “Pada masa yang sama saya juga sudah menyediakan tiga buah lagu khusus berjudul Rindu Merindu, Restu Bumi Dua dan Hingga Ajal Menjemput Ku Tetap Menunggu untuk dinyanyikan sama ada oleh Hafiz atau Aril dalam album yang akan mereka rakamkan kelak,” ujarnya lagi. – AWESOME !!

Heeeeeeeee~

SINGLE = Jangan bersedih kerana ALLAH akan memberi yang terbaik nanti.. COUPLE = Jangan terlalu seronok kerana di waktu inilah saham dosa meningkat.. TUNANG = Jangan terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah.. BERNIKAH = Jangan terlalu leka kerana telah diberikan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.. BERCERAI = ALLAH membenci hambaNYA yang bercerai-berai !
Saya ber-FACEBOOK bukan kerana ingin punya teman lelaki. Saya ber-FACEBOOK bukan kerana ingin popular. Saya ber-FACEBOOK bukan kerana ingin mencari cinta. Saya ber-FACEBOOK bukan kerana ingin menyebar fitnah. Saya ber-FACEBOOK kerana ingin mencari ilmu... Juga kerana ingin berkongsi ilmu... Renungilah hadis ini: Rasulullah Sallallahu 'Alahi Wassalam bersabda: " Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir". Serta ingin menjalin ukhwah sesama muslim. InsyaAllah kerana ALLAH. Mulailah segala sesuatu dengan NIAT yang baik.. InsyaAllah berkat.. sama2lh istiqamah mndktkn diri pd Allah..amin..

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:- 1. Solat fardhu cukup 5 waktu. 2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau. 3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. 4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain. 5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.” 6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah. 7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk. 8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu. 9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..” 10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. 11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain. 12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak. 13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung. 14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi. 15. Jenis senyum sokmo. 16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI) 17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe. 18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu. 19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je. 20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.” 21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari. Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran. Originally by : Syabab Musafir Kasih Anda berharap pada lelaki idaman atau Allah Maha Cinta? Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.

JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"

sedarilah..dia mungkin yg terbaik buatmu.. :: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" :: Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

Tukarlah Cara PEMAKAIAN ~

Tukarlah cara PEMAKAIAN , Sedikit demi sedikit , insyaAllah . :) * tudung MELEPASI dada, * baju dan seluar yang LONGGAR, * pakai SARUNG KAKI, * LINDUNGI lenganmu dengan memakai SARUNG TANGAN, P/S : Jangan PEDULI orang kata kamu "pendek" x sesuai pakai tudung labuh atau sebagainya... Jangan PEDULI orang kamu KETINGGALAN zaman, baju dan seluar macam size XXL. sebab ada pandangan yang jauh lebih UTAMA...^_^ --> Iaitu pandangan ALLAHU AZZA WA JALLA . ~ Selamat beramal ~... Peringatan bersama... ^_^

Justin's bieber ''

Justin Bieber; seorang lelaki idaman para ABG di seluruh dunia ini adalah salah satu penyanyi POP dan R&B; lahir pada tanggal 1 Maret 1994 di Strartford, Ontario, Kanada. Justin dibesarkan seorang diri oleh ibunya yang bernama Pattie Malette. Sejak kecil, bakat dan minat Justin Bieber di dunia musik sudah kelihatan. Berbagai alat musik mampu dikuasainya dengan sangat baik sekali, seperti Piano, Terompet, Gitar, dan Drum.

Perceraian kedua orang tuanya tidak lantas membuat Justin Bieber putus semangat menggapai cita-citanya didunia musik. Dan Christian Beadles; sahabat dari Justin Bieber menjadi salah seorang yang sangat mendukung ambisi Justin dalam dunia musik, selain ibu kandungnya tercinta. Caitlin, kakak dari Christian Beadles, sempat dipacari oleh Justin Bieber, tapi sudah putus. Hmmm…, kenapa koq bisa putus yah!? hiksss…

Sejak Justin Bieber memenangkan juara kedua pada kontes menyanyi di kotanya, Stratford, Justin mulai serius mendokumentasikan dan mengunggahnya di Youtube. Ketika itu usia Justin Bieber masih sangat muda, yaitu 12 tahun. Secara kebetulan sekali, seorang Eksekutif Marketing SO SO DEF; Scooter Braun tertarik dengan bakat musikalitas yang dimiliki Justin Bieber, yang tanpa sengaja menyaksikan penampilan Justin Bieber di Youtube. Ide brilliant pun muncul seketika untuk segera menghubungi Justin Bieber dan menerbangkannya ke Atlanta, Georgia untuk bertemu Usher.

Bisa ditebak kisah selanjutnya dari Justin Bieber, yang saat ini sudah menjadi bintang terang di seluruh dunia. Hingga sempat ada yang mengaku-ngaku sebagai JUSTIN BIEBER PALSU 51 TAHUN. Adalah Michael Cote; seorang pedofilia yang menyamar sebagai Justin Bieber. Namun naas bagi Michael Cote!!! Sebab identitasnya terbongkar saat Ia melakukan konser dan topeng yang Ia kenakan terlepas…

Penasaran ingin tahu Biodata Justin Bieber pada akun jalinan pertemanan atau situs resminya?
FACEBOOK JUSTIN BIEBER > facebook.com/JustinBieber
TWITTER JUSTIN BIEBER > twitter.com/justinbieber
YOUTUBE JUSTIN BIEBER > youtube.com/justinbieber
SITUS JUSTIN BIEBER > justinbiebermusic.com/default.aspx

Penasaran ingin tahu Lirik Lagu Baby – Justin Bieber?
***Oh woooah, oh woooooah, oh wooooah, oh…
You know you love me, I know you care
you shout whenever and I’ll be there
You are my love, you are my heart
and we will never ever ever be apart
Are we an item? girl quit playing
we’re just friends, what are you saying
Said there’s another, look right in my eyes

My first love broke my heart for the first time
And I was like

[Chorus]
Baby, baby, baby ooh
like baby, baby, baby nooo
like baby, baby, baby, ooh
Thought you’d always be mine, mine [Repeat]

For you I would have done whatever
and I just can’t believe we ain’t together
and I wanna play it cool the thought of losing you
I buy you anything, I buy you any ring
And now please say baby fix me
And you shake me til’ you wake me from this bad dream

I’m going down down, down, dooown
And I just can’t believe my first love won’t be around
And I’m like

[Chorus]

[Ludacris]
Luda
When I was 13 I had my first love
There was nobody that compared to my baby
And nobody came between us, no-one could ever come above
She had me going crazy, oh I was star-struck
She woke me up daily, don’t need no Starbucks
lyrics courtesy of killerhiphop.com
She made my heart pound, I skip a beat when I see her in the street land
At school on the playground but I really wanna see her on the weekend
She knows she got me dazing coz she was so amazing
and now my heart is breaking but I just keep on saying

[Chorus]

Now I’m gone,
Yeah, yeah, yeah [6x]
Now I’m all gone, now I’m all gone, now I’m all gone
Gone, gone, gone, gone
I’m gone…

Yang di bawah ini adalah Profil keren Justin Bieber di Facebok, atau Wallpaper pada Twitter Justin Bieber. Gak tau udah ganti apa belum yah…!? ^ ^
Eh yaa, kalau mau lihat pacar si ganteng Irfan Bachdim; Jennifer Kurniawan, ada nih pada Info Irfan Bachdim ;-)

Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali . .