Siapa yang tidak kenal dengan penjaga gawang no. 1 Harimau Malaya iaitu Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek. Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai. Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Mengikut sumber, dia telah memutuskan pertunangan dengan Aimie pada 29 Julai 2011. Apek nyata tertekan dengan gossip yang melanda dirinya dan Aimie. Dia sendiri khabarnya mendapat tahu cerita bersama wanita lain melalui pelbagai laman web dan blog. Begitupun, Apek tampil ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Dia bukanlah kaki perempuan atau ‘playboy’ seperti yang dijelaskan.
“Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.” jelas Apek.
Dahlia Teck dikatakan merupakan 'wanita' yang menganggu hubungan pertunangan diantara Khairul dengan Elia. Sejauh kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan. Namun, Dahlia bukan kekasih Apek seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan tambahan lagi mereka juga tinggal sekampung (di Kelantan). Hubungan mereka tidak ubah sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Namun begitu di pihak Aimie di dalam fb ada memberitahu yang Apek bertindak meninggikan suara dengan ibunya juga turut dijelaskan oleh Apek sendiri.” Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.”
Sebelum membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan juga dikatakan Apek telah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga dan mengambil keputusan ini bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan mereka. Dikatakan juga keluarga Apek akan berjumpa keluarga Elia unutk kebaikan bersama.
Apek juga menjelaskan,“Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi,” jelas dia lagi.
Apek yang memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006 juga ingin bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Dia tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjayanya dan ia antara sebab mengapa dia memutuskan pertunangan bersama Aimie.
Apapun diharapkan hubungan diantara Apek dan Aimie kembali pulih tidak kiralah selepas bertunang ataupun sebagai rakan biasa. Kalau jodoh tidak ke mana, ungkapan ini paling sesuai bagi mereka berdua buat masa ini. Semoga mereka berdua dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
No comments:
Post a Comment